ZALINA YAHAYA - 019 282 0053
No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2)
PERHATIAN: Saya menawarkan 2 jenis kelas -
KELAS DEMO DAN KELAS DIY.


Sila click under LABELS - APA ITU KELAS
DEMO dan APA ITU KELAS DIY untuk memahami mengenai jenis-jenis kelas ni



May 15, 2013

KELAS NASI BERIANI GAM CHEF AMER SABTU 18 MEI HAMPIR PENUH



Asskum semua....

Jangan lupa Kelas Nasi Beriani Gam Original Chef Amer, Sabtu, 18 Mei ni. Resepi turun temurun yang Chef Amer belajar dari bapak dia sejak umur 10 tahun lagi.

Dan sehingga kini, resepi ramuan rempah ratus untuk membuat beriani gam ni terus digunakan untuk menghasilkan tempahan katering.

Tanya saja pada yang pernah merasa atau yang penah belajar nasi beriani ni, confirm akan kata sedap tak terkata.

Kalau pun tak bercita-cita nak jadi tokey katering kenduri kawen, anda boleh gunakan resepi ni untuk jamuan raya atau kalau nak buat duit bleh start buat sket-sket jual kat office untuk tujuan bukak puasa....

Sapa yang berminat, masih ada tempat. Tapi sangat terhad - ADA 5 (LIMA) tempat saja lagi...

Ni detailsnya:

TARIKH: 18 MEI, SABTU
MASA: 10 pagi - 6 petang/sehingga selesai
TEMPAT: Bzee Bakery, Seremban 2
PENGAJAR: Chef Amer

JENIS KELAS: Separa Hands On
YURAN: RM350
DEPOSIT: RM200 (dikira burn/not refundable/tidak boleh foward ke kelas lain)

Cara mendaftar:

1.Bank in ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195.

3. Pastu SMS ke nombor 019 282 0053 (saya ULANG SMS).SMS: nama, kelas apa, tarikh dan jumlah bank in

Contoh: ZALINA YAHAYA NASI BERIANI GAM, 18 MEI, RM200
(sila bagi nama penuh untuk mengelakkan kekeliruaN)

SANGAT-SANGAT PENTING – SILA SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN ATAU EMEL PADA SAYA (bzeebakery@gmail.com) dan kemukakan masa mendaftar di kelas.

Yang tak dak bukti pembayaran dianggap TAK BAYAR…so kena lah bayar sekali lagi.

(bagi yang dah mendaftar, sila check nama ada)

May 11, 2013

kelas kek kukus ekonomi 12 mei ahad ditunda ke 26 mei

Asskum untuk semua...
Mohon maaf sebab terpaksa membatalkan kelas kek kukus ekonomi esok 12 mei sebab bapak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital sultan abdul halim sungai petani
Kelas ganti akan diadakan pada ahad 26 mei.

Bagi yg nak cancel class sila sms nama penuh, acct nombor, jumlah bank in dan tarikh bank in untuk saya refund.

Bagaimanapun bagi yg nakkan resepi dan dapatkan 5 jenis kek kukus yg saya dah siapkan tu, boleh datang terus datang ke bakery saya esok bermula pukul 10 pagi sampai 2 petang.

Cara2:
1. Datang terus bakery saya di seremban 2
2. Tunjukkan bukti pembayaran deposit.
3. Bayar baki rm100.
4. Ambik resepi dan kek

Bagi yang dah ambik resepi tapi masih nak tengok demo boleh datang kelas demo saya pada ahad 26 mei - free. Tak bayar lagi.

Bagi yg nak masuk kelas demo free pada 26 mei tu. Sila bagi nama pada kak mas

Sebarang pertanyaan sms saya 019 282 0053

Segala kesulitan amat dikesali

Zalina yaaya

May 10, 2013

KELAS maruku dan biskut raya lama-lama Suzana Raman - Sabtu 25 Mei


Asskum untuk semua….






Kelas 2in1 Suzana Raman di Bzee Bakery Seremban, 2 – Sabtu, 25 Mei…
Jom belajar buat Maruku dan biskut raya lama-lama dalam masa sehari. So senang, tak yah ulang alik. Satu hari, kampoi semua….Balik bleh teruih buat sample….Tapi kalau nak belajar salah satu pun bleh….tak dak sapa yang nak kata Haiiippppppp…
Ni detailsnya:

PAGI
TARIKH: Sabtu, 25 Mei
MASA: 9 pagi – 2 petang
KELAS: MARUKU MALATOP
(resepi yang telah diolah – lebih ummphhh dengan rasa yang lebih mengancam dengan kehadiran rasa pedas-pedas manjaaa)
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100

PETANG
TARIKH: Sabtu, 25 Mei
MASA: 2 petang – 5 petang
KELAS: 10 jenis biskut lama-lama yang evergreen (Biskut untaian, samperit kastard, dahlia, samperit koko, black beauty, golden ring, kelapa, biskut Y, peanut butter dan teratai layu)
Dannnn ada 3 resepi biskut freeee of  charge..
Acuan semperit boleh pre-oder
Begitu juga acuan maruku
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100

Pada student yang nak oder seksiap acuan maruku atau acuan samperit, boleh deal direct ngan SUZANA RAMAN  - 019 474 1363

Cara mendaftar:
1.     Bank in deposit ke Maybank Account Bzee CafĂ© & Bakery -  5051 76100 195.
2.     Pas bank in, SMS ke nombor 019 282 0053 (zalina yahaya).
3.     Apa yang nak sms: Nama, date class, jumlah bank in dan tajuk kelas tuh
Contoh: Sabariah Mansor, 25 Mei, RM200, Maruku dan Biskut Raya
Mintak kerjasama anda untuk tidak bagi nama glamer anda contoh: Mira Makmur Gebu….
Saya nak nama penuh untuk memudahkan kerja pendaftaran masa kelas.
4.     Untuk yang nak order acuan – sila direct ngan Suzana Raman – saya tak tau apa-apa. Saya hanya penjaga kuchen..



May 9, 2013

KELAS TEMARIS - SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA

Asskum dan alaooo untuk semua...



Kepada peserta kelas Temaris, Sabtu, 11 Mei ni (KELAS MULA 9.30 PAGI...saya ulang 9.30 pagi) - ni senarai barang yang perlu dibawa.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Anissa Khan - 012 913 6654


Small Off set spatula 1 only
Small rolling pin
Baking paper / parchment paper ( 1 sheet only )
Sharp knife ( small )
Kitchen towel ( 2 quantity )
10 by 10 box
Small brush no 3/4 ( round and square ) from art store
Coupler 1 only ( small size)
Piping bag 3 pcs
Tip #3 and tip #66/67
Pen
Scissors
Plastic cup ( drinking cup )
Small sifter
Ruler

(MASIH ADA KEKOSONGAN KEPADA YANG BERMINAT) - DETAILS SEPERTI DI BAWAH

YURAN: RM380
DEPOSIT: RM200


Cara nak daftar:
1. Bank in deposit ke dalam Maybank Acct Bzee Bakery - 5051 76100 195
2. Pas bank in SMS NAMA PENUH...BUKAN NAMA GLAMERRR - Ani Karipap Daging Import atau Milah Samperit Telor Itik....tak mo, tak mo...bagi nama penuh untuk mengelakkan kekeliruan masa pendaftaran...

Contoh betul: Zalina Yahaya, RM200, Temaris, 11 Mei

Tq
Zalina Yahaya.


May 5, 2013

SIARAN ULANGAN TEMARIS 11 MEI - SABTU




Anda berminat nak belajar cara buat Temaris yang perfect , glam dan SANGAT  chun ni....? Jom join satu lagi kelas siaran ulangannya pada 11 Mei. (TEMPAT TERHAD).  -





TARIKH: 11 MEI, SABTU
MASA: 9.30 pagi (PASTIKAN ANDA DATANG TEPAT PADA MASANYA)
PENGAJAR: ANISSA KHAN

YURAN: RM380
DEPOSIT: RM200


Cara nak daftar:
1. Bank in deposit ke dalam Maybank Acct Bzee Bakery - 5051 76100 195
2. Pas bank in SMS NAMA PENUH...BUKAN NAMA GLAMERRR - Ani Karipap Daging Import atau Milah Samperit Telor Itik....tak mo, tak mo...bagi nama penuh untuk mengelakkan kekeliruan masa pendaftaran...

Contoh betul: Zalina Yahaya, RM200, Temaris, 11 Mei

 Mintak kerjasama sms saya dulu  - 019 282 0053 sebelum bank in deposit untuk confirmedkan kekosongan tempat.


Labiu
Zalina, Bzee Bakery, Seremban 2

Kelas TEMARIS 100% HANDS ON OLEH ANISSAN KHAN DI BZEE BAKERY

Assskum dan alooo untuk semua....sangat teruja dan ralit memerhatikan cikgu muda kita - Anissa Khan dari Cupcake Confetti mengajar cara buat kek Temaris semalam. Teliti dan sangat details. Daripada cara membulatkan kek, mengicing, memfondant dan yang terbest cara menghias. Daripada kek bulat kosong bertukar menjadi kek yang sangat cantik dan penuh glam. Fuhhhhh..sangat sesuai ditawarkan untuk package hantaran dan gift. Satu idea fresh dan terbaru yang boleh dicadangkan kepada customer anda yang mahukan sesuatu yang baru untuk hantaran masa majlis kawin ker, tunang ker, hiasan meja pengantin ker atau untuk yang lebih daring - untuk VIP gift...sangat cantik dan mewah.

 Temaris ni adalah sejenis seni hias kek mengambil inspirasi daripada Japanese Art yang dinamakan Temari. Temari ni dalam bahasa jepun bermaksud - Hand Ball.

Ni kek butter yang dibalut fondant dan dihias dengan royal icing. Nak pakai kek coklat pun tak pa. Tapi yang penting kena kek yang `heavy' bagi memastikan Temaris anda cantik bulat berkilat.

Dalam kelas 100% praktikal ni, Anissa tunjukkan step by step mcam mana nak membentuk Temaris yang perfect tanpa sebarang kecacatan terutamanya dari segi bentuk dia yang bulat tu.

Pastu student diajar buat 4 design dan satu lagi design untuk dibuat oleh student menggunakan idea sendiri.
Alhamdulillah semua dapat buat dengan sempurna dan sangat cantik. Yang tak terror pun boleh buat dengan sempurna.

Jom tengok gambar-gambar sekitar kelas yang sangat meriah dan huru hara ni. Gamat!
































Gambar semasa kelas sedang berlangsung semalam....



Anissa tengah demo secara details mcm mana nak deco Temaris
















Kepada kesemua 16 student yang join kelas ni...Terima kasih tak terhingggggaaaa dan pada Anissa...kita jumpa lagi 11 Mei ni....sangat best kelas ni....